Monday, February 8, 2010

Laa Illaaha illAllah


Kewajiban awal bagi setiap mukallaf adalah bersaksi laa ilaaha illallah (tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah), serta mengamalkannya. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman: "Maka ketahuilah bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disem-bah) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu...". (Muhammad: 19)

Tauhid uluhiyah, yaitu tauhid ibadah, karena ilah maknanya adalah ma'bud (yang disembah). Maka tidak ada yang diseru dalam do'a kecuali Allah, tidak ada yang dimintai pertolongan kecuali Dia, tidak ada yang boleh dijadikan tempat bergantung kecuali Dia, tidak boleh menyembelih kurban atau bernadzar kecuali untukNya, dan tidak boleh mengarahkan seluruh ibadah kecuali untukNya dan karenaNya semata.

More

Tuesday, January 5, 2010

My First Chemistry Class!

My first class on Monday is CHEMISTRY, right after assembly. Of course I'm nervous, what are you thinking about? This is my first class. But after 80 minutes of chatting..(or I better call it discussing), I can walk out of the class with relief. Why?Do you remember that the students are not empty vessels? Yes, it's absolutely right. They talk and give ideas and never let me talk alone. The first task is done. Now, lets struggle for the 2nd, the 3rd, the 4th and so on. Never forget that Chemistry will never be difficult if we think so and the most important...CHEMISTRY IS FUN.

Tuesday, November 17, 2009

Tutup Sekolah

Sebulan sudah menjadi warga SMK Khai Mun, buat membiasakan diri dengan senario yang sama sekali berbeza dari zaman kita sekolah dahulu. Tapi, senario istimewa inlah yang bakal memacu semangat dalam diri. Pelbagai ilmu baru yang diperoleh dari warga sekolah yang ternyata lebih dulu makan garam. Pelbagai kerenah juga yang boleh diperhatikan. Menjalin hubungan antara manusia supaya kita lebih insaf dan berusaha memperbaiki hubungan dengan Tuhan. Tahun baru pasti penuh cabaran. Selamat buat semua teman. Mudah-mudahan apa jua cabaran yang bakal kita tempuhi tidak akan memadam api cinta dalam diri kita.

Tuesday, November 3, 2009

Mathematics!

Hari ini saya relief di sebuah kelas. Oleh kerana masa terluang selama 2 masa, saya menulis masalah matematik pada papan putih. Lagipun, peperiksaan matematik 2 akan menyusul selepas ini. Apabila saya bertanya, siapa yang ingin menjawab soalan, ramai pelajar mengangkat tangan tapi terpaksa saya pilih seorang sahaja. Lalu pelajar yang tidak dipanggil marah-marah di belakang. Bukan sifat marah yang saya ingin highlight tapi betapa mereka bersemangat ingin menjawab soalan. Apabila pelajar selesai menjawab pada papan putih, datang seorang pelajar lain membetulkan kerana cikgu matematik mereka mengajar dengan menggunakan cara lain. Nampaknya, mereka memang betul-betul ingat apa yang diajar oleh guru.

Friday, October 30, 2009

Empat Hari Berlalu

Empat hari di SMK Khai Mun...
Pengalaman berkenalan dengan guru-guru yang begitu mesra.
Pengalaman bertemu para pelajar yang pelbagai kerenah.
Merasakan dugaan yang mencabar.
Demi mendidik hati-hati itu yang masih mentah.
Demi mendidik hati ini supaya lebih dekat kepadaNya
Dan demi mendidik hati ini supaya lebih bersyukur dengan nikmatNya.

Ambil segalanya sebagai cubaan dan perangsang semangat, bukan untuk meroboh niat yang suci.

Wednesday, October 28, 2009

Daerah baru, Sekolah baru, Semangat baru

Alhamdulillah saya ditempatkan untuk memikul amanah Allah mendidik anak bangsa di SMK Khai Mun, Bentong, Pahang. Semoga kita sama-sama berjaya menjadi guru, bukan sekadar berkerja sebagai guru.

Monday, October 12, 2009

Cari Jodoh

Selepas saya membaca entri Analisa oleh Paatz, saya teringat sebuah lagu ini oleh penyanyi dari Indonesia yang memang sedap suaranya tapi cuba renungkan liriknya. Cari Jodoh oleh Wali Band. Memang saya akui suaranya memang sedap. Sila tonton di sini.


Cari Jodoh - Wali Band

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***

Lagu ini banyak sekali dinyanyikan oleh pelajar sekolah, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah (termasuklah adik-adik saya). Mengikut lirik lagu ini, penyanyi sedang mencari seorang gadis untuk dijadikan kekasih hati. Sebab utamanya adalah kerana beliau berasa malu dengan rakan-rakannya yang telah mempunyai kekasih. Tapi, adakah mungkin untuk anak-anak muda kita yang belum mempunyai kekasih mengikut jejak langkah watak dalam lagu ini, untuk berasa malu kerana tidak mempunyai kekasih?
Related Posts with Thumbnails